Halloween party ideas 2015



PKR Sarawak menempelak DAP kerana cuba untuk merampas kerusi di kawasan luar bandar yang pernah ditandingi mereka sebelum ini. 
 
Tindakan itu menyebabkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian ‘marah’ dan tidak bersetuju dengan apa yang telah dibuat DAP sekali gus mengingkari persefahaman yang pernah dibuat sebelum ini. 
 
“Dahulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu. 
 
“Apabila PKR bertanding di 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak… itu tuduhan tidak berasas. “Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman dan luar bandar dalam meraih sokongan. 
 
“Ingatkan Impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman, rupa-rupanya tidak. “Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman,” kata kenyataan PKR Sarawak itu. 
 
Tambah kenyataaan itu lagi, kerusi yang mahu DAP bertanding pada PRN akan datang merupakan kawasan yang PKR boleh menang seperti DUN Layar, Betong yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. 
 
PKR turut mempersoalkan kenapa DAP tidak mahu bermula di kawasan DUN Balingian dan lain-lain yang sukar dikuasai. Justeru PKR Sarawak menggesa rakyat pedalaman khususnya komuniti Dayak agar tidak mudah terkeliru dengan projek kecil yang dibawa DAP dengan perjuangan PKR Sarawak iaitu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), perkara paling penting diperjuangkan. 
 
Katanya penyelesaian terbaik untuk kemelut antara PKR dan DAP ialah menentukan satu hala iaitu mengalahkan BN dengan mengelak pertembungan antara satu sama lain (PKR menentang DAP) pada PRN akan datang. “Biarlah DAP menumpu di kerusi yang mereka bertanding dahulu. 
 
PKR Sarawak pula bertanding di 49 kerusi yang pernah ditandingi dahulu… kekalkan status quo. “Kecualilah PKR Sarawak sanggup menyerahkan beberapa kerusinya di pedalaman kepada DAP… bukannya main sergah rumah dan mendakwa (claim) rumah itu milik sendiri,” kata kenyataan itu. -Wira Kenyalang

Post a Comment

Powered by Blogger.