Halloween party ideas 2015


KUCHING : PRN Sarawak yang Ke-11 kali ini bakal memperlihatkan parti-parti politik samada dari Barisan Nasional mahupun pembangkang menampilkan muka-muka baru dari kalangan pemuda dan wanita. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Idris Buang menyatakan, ini pasti berlaku bagi setiap parti yang mahu rejuvenasi berterusan agar sentiasa relevan mengikut peredaran zaman. 

" Barisan Nasional di Sarawak khususnya Pesaka Bumiputera Bersatu dijangka membuat langkah demikian selari dengan dasarnya untuk menarik-tambah penglibatan orang-orang muda berkelayakan dan profesional dikalangan Pemuda dan Wanita dari akar-umbi untuk menabur bakti kepada Sarawak," katanya. 

"Secara peribadi saya sangat mengalu-alukan dasar dan langkah ini kerana ianya "harus" untuk keberkesanan Parti PBB sebagai tulang belakang dan teraju Barisan Nasional Negeri serta Kerajaan Negeri agar memastikan kesinambungan perjuangan untuk rakyat terus berjalan secara "natural" dengan effisien," tambahnya. 

Idris juga berharap anak-anak muda dari para pemuda dan wanita yang berkebolehan seluruh Bumi Kenyalang ini janganlah teragak-agak atau segan silu menampilkan diri dan menyertai perjuangan demi rakyat dan masa depan Sarawak menerusi Parti PBB . 

Dalam temubual bersama wartawan Sarawakiana Idris turut menyeru jika ada dikalangan mereka belum menyertai parti PBB maka segeralah berbuat demikian. 

"Mulalah dari akar-umbi, Sarawak dan generasi akan datang perlukan penyertaan anda menerusi wahana yang konsisten fokus dan berdisiplin dibawah kepimpinan yang penuh berintegriti Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem," katanya. - Sarawakiana

Post a Comment

Powered by Blogger.