Halloween party ideas 2015
Showing posts with label Blog Sarawak. Show all posts



Andri Zulkarnaen atau nama samaran Facebook, Abusiraj Al-Muner menyatakan bahawa beliau dikecam, dicaci dan dimaki oleh rakan PAS atas tindakannya memilih untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). 
 
Beliau yang juga sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Sarawak dan Yang Di-Pertua PAS Santubong, memohon maaf kepada rakan-rakannya didalam PAS atas pilihan yang telah dibuatnya untuk menyertai GHB. 
 
Menurut Andri, beliau menerima banyak cacian dari rakan PAS setelah memuat naik kenyataan akhbar sebagai jurucakap GHB Sarawak beberapa hari lepas. 
 
Walaubagaimanapun, Andri berpesan kepada rakan-rakanya agar sama-sama terus menumbangkan UMNO BN dan segala yang dilakukan diberkati Allah Taala. 
 
Andri Zulkarnaen sebelum ini juga dicanang sebagai bakal calon PAS Sarawak di DUN Demak Laut atas kerusi PAS. Menurut sumber, masih belum dapat dipastikan sama ada Andri akan bertanding atas kerusi PAS atau GHB pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang memandangkan beliau belum meletak jawatan secara rasmi dalam PAS.-Wira Kenyalang



PKR Sarawak menempelak DAP kerana cuba untuk merampas kerusi di kawasan luar bandar yang pernah ditandingi mereka sebelum ini. 
 
Tindakan itu menyebabkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian ‘marah’ dan tidak bersetuju dengan apa yang telah dibuat DAP sekali gus mengingkari persefahaman yang pernah dibuat sebelum ini. 
 
“Dahulu DAP tidak mahu berkongsi beban dengan PKR untuk bertanding di kerusi pedalaman, maka PKR terpaksa berkorban memikul tanggungjawab itu. 
 
“Apabila PKR bertanding di 49 kerusi maka DAP kata PKR Sarawak tamak… itu tuduhan tidak berasas. “Kini DAP menggunakan Impian Sarawak untuk bergerak ke pedalaman dan luar bandar dalam meraih sokongan. 
 
“Ingatkan Impian Sarawak ini adalah untuk membantu PKR di pedalaman, rupa-rupanya tidak. “Niat DAP rupa-rupanya untuk merampas kerusi PKR Sarawak di pedalaman,” kata kenyataan PKR Sarawak itu. 
 
Tambah kenyataaan itu lagi, kerusi yang mahu DAP bertanding pada PRN akan datang merupakan kawasan yang PKR boleh menang seperti DUN Layar, Betong yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. 
 
PKR turut mempersoalkan kenapa DAP tidak mahu bermula di kawasan DUN Balingian dan lain-lain yang sukar dikuasai. Justeru PKR Sarawak menggesa rakyat pedalaman khususnya komuniti Dayak agar tidak mudah terkeliru dengan projek kecil yang dibawa DAP dengan perjuangan PKR Sarawak iaitu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), perkara paling penting diperjuangkan. 
 
Katanya penyelesaian terbaik untuk kemelut antara PKR dan DAP ialah menentukan satu hala iaitu mengalahkan BN dengan mengelak pertembungan antara satu sama lain (PKR menentang DAP) pada PRN akan datang. “Biarlah DAP menumpu di kerusi yang mereka bertanding dahulu. 
 
PKR Sarawak pula bertanding di 49 kerusi yang pernah ditandingi dahulu… kekalkan status quo. “Kecualilah PKR Sarawak sanggup menyerahkan beberapa kerusinya di pedalaman kepada DAP… bukannya main sergah rumah dan mendakwa (claim) rumah itu milik sendiri,” kata kenyataan itu. -Wira Kenyalang


Impian Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa untuk menjadi calon DAP di DUN Satok pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang bagaikan berkecai apabila PKR Sarawak mula mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Ketua AMK Satok Salleh Shawkatali. 

Sumber dalaman PKR mendedahkan kepada UnReportedNews™®, Salleh berpotensi menjadi calon kerana sokongan anak muda di Satok serta sentimen yang PKR adalah lebih ber"keMelayuan" berbanding dengan DAP yang memberi lebih banyak peluang untuk menang jika berbanding dengan Aziz dari DAP. 

Sumber tersebut juga mendedahkan, jentera PKR kini sudah mula digerakkan di samping Salleh telah mula turun padang menemui bakal pengundi, khususnya di kawasan Satok. 

Berita ini ibarat "jatuh ditimpa tangga" bagi Aziz jelas keciwa apabila tidak tersenarai dalam barisan Majlis Tertinggi DAP Sarawak baru-baru ini. 

Umum tahu perhubungan DAP dan PKR khususnya di Sarawak sekarang adalah pada tahap yang "tidak begitu mesra" dan terdapat pertindihan dalam meletakkan calon masing-masing. 

Dan ini diakui sendiri oleh Aziz apabila ditemui oleh penulis di Persidangan DUN Sarawak yang lepas namun, beliau begitu optimis yang "satu penyelesaian" akan dicapai oleh kedua pihak biarpun perhubungan mereka agak renggang. 

Apakah ini "penyelesaian" yang Aziz nyatakan tersebut iaitu pembangkang akan meletakkan Salleh (PKR) untuk bertanding di DUN Satok? Apakah Aziz akan berputih mata? Walau sesiapa pun jadi calon pembangkang, biarpun kedua-duanya sekali pun diletakkan di DUN Satok, mereka pastinya akan mendapat tentangan hebat dari penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB/BN). 


Masih ingatkah anda, pada tanggal 24 April 2015, DAP telah membantah pemohonan peruntukan tambahan RM500 juta yang dibentangkan Menteri Kewangan Dato Sri Wong Soon Koh semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) 2015 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Nah, inilah satu hasil daripada peruntukan tambahan yang ditentang oleh DAP. Pembinaaan Jambatan Sungai Limbang yang mana bila siapnya jambatan ini nanti penduduk Limbang akan dapat menjimatkan tempoh masa perjalanan mereka disebabkan Jambatan Sungai Limbang ini boleh menghubungkan banyak kawasan di Limbang.

DAP NAK KATA APA, KATAKANLAH. MEMANG TUGAS PEMBANGKANG UNTUK MEMBANGKANG APA SAHAJA USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN. YANG MEMBEZAKAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA DAN TEMPAT LAIN, PEMBANGKANG DI MALAYSIA AKAN MEMBANGKANG APA SAHAJA USAHA KERAJAAN WALAUPUN USAHA TERSEBUT ADALAH UNTUK KEBAIKAN RAKYAT SARAWAK. 

YANG PASTI CM ADENAN TELAH MENUNAIKAN JANJI BELIAU UNTUK FOKUS KEPADA RAKYAT DI LUAR BANDAR. #KIPIDAP CM ADENAN.

Powered by Blogger.