Halloween party ideas 2015
Showing posts with label SPR. Show all posts


Mungkin masih ramei sik tauk beberapa fakta penting terutama berkenaan sejarah pilihanraya Negeri Sarawak.

PRN Sarawak ke 11 tok yang bakal diadakan pada 7 Mei 2016 mencatat peningkatan pengundi sebanyak 808,557 pengundi berbanding tahun 1969 dolok.

Maksudnya, masa kali pertama pilihanraya kita di Sarawak dolok iaitu pada tahun 1969, waktu ya pengundi cuma ada 332,737 orang jak.

Kerusi DUN yang dipertandingkan pada waktu ya cuma 48 igek jak berbanding kinek tok dah jadi 82 DUN. Ya adalah hasil dari penambahan 11 kerusi baru. PRN Sarawak ke 10 dolok (tahun 2011) kerusi DUN cuma ada 71 igek jak.

Persempadanan semula yang pertama dilakukan pada tahun 1987 dimana 48 kerusi ditambah menjadi 56 kerusi.

Persempadanan ke 2 pula dilakukan pada tahun 1996, ditambah menjadi 62 kerusi.

Pada tahun 2006, sekali lagi persempadanan dipolah menjadikan kerusi meningkat menjadi 71 kerusi.

Maksudnya ada 4 kali persempadanan semula lah yang dilakukan oleh SPR sebagai memudahkan proses pengundian dan terbukti memudahkan wakil rakyat lebih dekat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bila di lihat semula dari segi sejarah hari mengundi, pada tahun 1969 dolok, orang kita ngambik masa sebulan nak mutus ngira undi. Kerana apa? Keadaan geografi negeri Sarawak waktu ya menyebabkan logistik serta pergerakan yang agak susah untuk mengumpul jumlah undi.

Keadaan ya semakin baik dari tahun ke tahun apabila hari mengundi dapat dikurang dan dipendekkan kerana faktor pembangunan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memudahkan pergerakan.

Mula dari tahun 2001, semua rakyat Sarawak dapat nunggu keputusan undi ya dalam sehari jak. Undi pagi, absi ngundi petang, terus dapat tauk keputusan pada hari yang sama.

Dari segi sejarah peratusan pengundi yang turun mengundi, pada tahun 1969 dolok, 80% turun mengundi iaitu sebanyak 266,190 orang.

Pada tahun 2011, pilihanraya ke 10 negeri Sarawak yang lepas menyaksikan 69.7% orang dari jumlah pengundi yang layak melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Mungkin peratusan ya kita nangga menurun, tetapi mun dibanding dari segi jumlah, sebanyak 682,797 orang turun ngundi pada tahun 2011 yang lepas.

Jadi kesimpulannya, sidak yang handle urusan undi-mengundi tok bukan sebarang. Sidak lah yang kepak molah kerja mengurus daftar undi serta segala proses sehingga keputusan undi ya keluar.

Cuba bayangkan mun sidak SPR sik ngator benda tok betul-betul, rasanya maok kah kitak orang nunggu sebulan bok tauk keputusan undi? Atau dari segi persempadanan pula, maok sik kitak urang kinek tok masih dalam 48 DUN ajak? Parah cerita ya uuuuu...

48 orang YB nak ngintu kita sigek Sarawak...leput sidak nak cover sebesar-besar kawasan. Untung kinek tok SPR dah berjaya ngator 82 DUN di Sarawak dengan maknanya kita di Sarawak di service oleh 82 wakil rakyat.

Jadi, 25 April tok penamaan calon, 7 Mei kelak kita semua rakyat Sarawak jangan lupak turun ngundi di kawasan masing-masing uuuu..uu!!


Kita sebagai pengundi yang layak di Sarawak tok jangan lupak dan jangan kompius (keliru) dengan kerusi-kerusi baru yang telah sah diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dolok masa ngundi pada PRN10 tahun 2011 , mungkin nama DUN tempat kitak orang ngundi ya lain dan kinek tok udah ditukar ataupun ada yang masih sama.

Dolok cuma ada 71 kerusi, kinek tok dah tambah 11 baru, totalnya dah jadi 82 kerusi.

Antara kerusi baru nak udah sah ditambah ya ialah:

1. N13 BATU KITANG (P196 Stampin) 
2. N17 STAKAN (P197 Samarahan) 
3. N18 SERUMBU (P198 Puncak Boneo) 
4. N23 BUKIT SEMUJA (P199 Serian) 
5. N26 GEDONG (P200 Batang Sadong) 
6. N40 KABONG (P205 Saratok) 
7. N57 TELLIAN (P213 Mukah) 
8. N63 BUKIT GORAM (P215 Kapit) 
9. N66 MURUM (P216 Hulu Rajang) 
10. N70 SAMALAJU (P217 Bintulu) 
11. N78 MULU (P220 Baram)  

Dan jangan sekali-kali lupak, ada beberapa DUN undah ditukar nama sebagai memudahkan urusan pilihanraya dan memudahkan pengundi:

1. N19 MAMBONG (Nama asalnya - Bengoh)
2. N34 BATANG AI (Nama asalnya - Batang Air)
3. N41 KUALA RAJANG (Nama asalnya - Belawai)
4. N68 TANJONG BATU (Nama asalnya - Kidurong)

Jadi, sebelum kitak orang pegi ngundi pada 7 Mei 2016 akan datang, jangan lupak check benar-benar, paling bagus awal tok dah check tempat di sine kitak orang ngundi.

Kinek tok SPR udah memudahkan semua pihak khasnya pengundi macam kita tok.

Mun sik maok pegi opis, boleh check online di link dibah tok:




Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membuktikan ketelusan sidaknya molah kerja ngurus segala perihal undi-mengundi tok termasuklah pendaftaran pengundi baru.

Paling antap ialah peningkatan pengundi muda dari 104,388 orang nait ke 136,755 orang; kita di Sarawak ada 32,367 pengundi muda baru yang berumur dari 21 hingga 29 tahun! Syabas!!

Jumlah keseluruhan umur rakyat Sarawak yang udah mendaftar dan layak mengundi ialah 1,141,294 orang pengundi untuk PRN Sarawak ke 11 tahun tok. Maksudnya, Sarawak ada 161,498 orang pengundi baru secara keseluruhan untuk pilihanraya akan datang tok kelak. Dolok masa PRN10 (tahun 2011) kita ada 979,796 orang pengundi yang majoritinya milih BN.. uuuu...uu!!

Kenak tiba-tiba cerita pasal SPR tok?

Bukan apa pok... kitak orang tauk sik cerita sidak pembangkang di Sarawak sebelum tok bukan main gik ngentam SPR... sidak madah SPR tok sik telus..sik jujur dalam urusan ngator pilihanraya.

Malahan sidak pembangkang sampei sanggup nak ngembak SPR berlawan di mahkamah! Macam-macam jak dibangkang sidak. Hal sistem sik betul lah...itulah lah..inilah...semuaaa jak nak dibangkang!

Sebelum tok tek, sidak pembangkang di Sarawak madah SPR akan napok jumlah pengundi baru especially pengundi muda kerana SPR berpihak kepada BN yang takut dengan peningkatan pengundi muda.
NAH!! Tok SPR dah ngator dan madah terang-terang jumlah pengundi muda yang baru. Sekda tapok-tapok uuu!!

At last, sidak Pakatan Harapan Sarawak tok akur juak dengan keputusan SPR ya nak? Mun benar-benar protes tek...IBOH LAH BERTANDING PRN TOK uuuu..uuu!! Tok siap berebut gik seat-seat baru nak dibantah dolok!

Jangan kita lupak, mun SPR tok sik molah kerja benar-benar, camne kita semua nak ngundi? Camne nak milih pemimpin? 

Sidak pembangkang tok macamlah sidak ya pandei gilak nak ngator urusan mengundi tok. Kitak orang tauk apa dah berlaku masa sidak pembangkang molah pilihanraya pemilihan parti sidaknya?


Ngundi betapok dalam bilit hotel di Simunjan, Sarawak... tok lah kerja PKR... nendak anytime boleh nukar jumlah undi.. dikantoikan oleh orang PKR mpun... TELUSKAH YA?

Pernah SPR ngator undi dalam bilit hotel kedak ya kah?


Bila dah ngundi dalam dewan, beramok uuu..uu... toklah suasana pemilihan PKR di Selangor !!


Siap nunggah samseng ngamok tempat undi... budaya sapa? Tok terjadi di Selangor masa pemilihan parti sidak tahun 2014 (Kota Raja)


Ya PKR.... sidak DAP pun 2x5 juak... sampei kinek tok keputusan pemilihan parti sidaknya masih dalam pertikaian.

Ya semua cerita bila pembangkang handle pilihanraya. Bila SPR molah, macam-macam jak di pertikai sidak. Walhal sidak pembangkang ngator, hancor beramok besar panjang uuuu..uu!!

Ya jak kali tok pok!

Kita just nunggu jak keputusan SPR dan biar sidak ngator pilihanraya tok dan kita janganlah nak ngaco... mun udah rasa nak kalah, iboh lah bertanding..

DUN Sarawak udah bubar ari marek (11 April 2016) dan Khamis tok SPR meeting untuk menentukan tarikh-terikh penting PRN Sarawak ke 11.

Sama-sama kita nunggu tarikh ya.

Yang penting kita dapat ngundi dengan aman, dapat milih pemimpin dengan teratur sebab apa?!

Orang Sarawak semuanya stylo...jangan merik malu uuu..uu


Mun kitak orang ingat satu ketika dolok, sidak DAP dan PKR Sarawak lah yang bermati-matian menentang persempadanan semula kawasan pilihanraya Negeri Sarawak yang dicadang oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).



Sampei sanggup ngembak kes ya ke mahkamah! Do you remember? Now, orang yang sama berebut kerusi yang dibantah sidak dolok.

11 kerusi baru PRN Sarawak yang menjadikan jumlah kerusi DUN menjadi 82 satu ketika dolok dibantah hebat oleh PKR dan DAP Sarawak.



Aiyaa... kalau dulu lu betul-betul tidak setuju dengan penambahan kerusi DUN Sarawak, then you should not compete in this 11 new seats laaa... just proceed with your old 71 seats laa!



Now, gaduh pun sanggup !!

Disitok menunjukkan DAP dan PKR Sarawak kelaka bunyi tutor.. apa-apa jak dicadang kerajaan, nang perangei burok sidak nak membantah ajak kerja.. kira mintak puji rakyat lah tek.. ngeso terer dengan membangkang..but, at last sidak bukan setakat bertanding di seat ya, siap berebut agik sama dirik.

PKR dan DAP Sarawak ibarat menjilat ludah sendiri apabila satu ketika dulunya sampei sanggup molah petisyen, menghasut rakyat agar benci dengan dalam isu persempadanan semula tok.

Still wonder WHY penyokong puak pembangkang tidak perasan yang mereka sering dipermainkan oleh DAP dan PKR.



fakta 1 
untuk suku tahun ke 2 ( iaitu bermula pada april-may-jun 2015 ) jumlah pendaftaran pengundi baru adalah 70920. 

manakala jumlah pengundi berdaftar PINDAH ALAMAT UNDI adalah 12171. 

daripada tarikh di atas ( april may jun 2015 ) , top 3 pendaftaran pengundi baru adalah trengganu 13768, sarawak 11126 dan johor 9338. 

daripada tarikh di atass ( april may jun 2015 ) top 3 pengundi berdaftar TUKAR ALAMAT UNDI adalah selangor 2130, sarawak 1903 dan johor 1861. 

dua isu, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat undi JOHOR TERLIBAT DALAM STATISTIK tertinggi. 

fakta 2 
untuk suku tahun ke 3 ( iaitu bermula pada julai ogos september 2015 ) jumlah pendaftaran pengundi baru adalah 57 255. 

manakala jumlah pengundi berdaftar TUKAR ALAMAT UNDI adalah 12 385. kesimpulan. 

untuk bulan april may jun julai ogos september 2015 jumlah pengundi baru adalah 128 175. 

manakala untuk bula april may jun julai ogos september 2015 jumlah pengundi berdaftar yang TUKAR ALAMAT UNDI adalah 24 556. persoalan . 

dalam tempoh 6 bulan yakni dari april hingga september terdapat 24 556 pengundi berdaftar PINDAH ALAMAT UNDI. ini baru tempoh 6 bulan dalam tahun 2015. 

bagaimana pulak statistik PINDAH ALAMAT UNDI sejak pru 2013 ? dalam 6 bulan 24 556 pindah alamat undi. ini bermakna terdapat pergerakan ketara dalam hal pengundi berpindah alamat undi !

Powered by Blogger.