Halloween party ideas 2015



Usah mimpi nak jadi YB jika belum betul-betul bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

Barisan bakal calon dari pakatan harapan khasnya di Sarawak seakan-akan lupa atau tidak belajar dari pengalaman wakil rakyat mereka yang sedia ada.

Kemaruk menjadi calon sehinggakan lupa banyak faktor penentu untuk memenuhi kriteria sebagai wakil yang dipilih rakyat.

Di Sarawak, wakil rakyat dari barisan pembangkang amat terserlah 'kebijakan' mereka dengan hanya berpolitik menggunakan media.

Jika berjaya menyuarakan sesuatu isu didalam suratkhabar tempatan ataupun blog/portal, mereka sudah menganggap diri mereka 'hebat' dan disukai rakyat.

Namun hakikatnya, penilaian rakyat bukan setakat di media sahaja. Jangan anggap rakyat buta dan tuli. Rakyat terima bantuan kerajaan BN secara langsung.

Rakyat di Sarawak peka dan sedar bahawa suara mereka diambil kira secara langsung oleh wakil rakyat BN.

Hampir semua kawasan di Sarawak telah mula dipenuhi dengan fasiliti yang dimahukan.

Namun masih ada juga sesetengah kawasan yang hanya bergantung harap dengan projek 'Impian Sarawak' yang mengajak rakyat untuk sama-sama bermimpi; sehingga sekarang rakyat dibawah 'jajahan' DAP lena diulit mimpi.

Post a Comment

Powered by Blogger.