Tahun 1969 dolok cuma ada 48 DUN di Sarawak, tauk sik?
Mungkin masih ramei sik tauk beberapa fakta penting terutama berkenaan sejarah pilihanraya Negeri Sarawak.
PRN Sarawak ke 11 tok yang bakal diadakan pada 7 Mei 2016 mencatat peningkatan pengundi sebanyak 808,557 pengundi berbanding tahun 1969 dolok.
Maksudnya, masa kali pertama pilihanraya kita di Sarawak dolok iaitu pada tahun 1969, waktu ya pengundi cuma ada 332,737 orang jak.
Kerusi DUN yang dipertandingkan pada waktu ya cuma 48 igek jak berbanding kinek tok dah jadi 82 DUN. Ya adalah hasil dari penambahan 11 kerusi baru. PRN Sarawak ke 10 dolok (tahun 2011) kerusi DUN cuma ada 71 igek jak.
Persempadanan semula yang pertama dilakukan pada tahun 1987 dimana 48 kerusi ditambah menjadi 56 kerusi.
Persempadanan ke 2 pula dilakukan pada tahun 1996, ditambah menjadi 62 kerusi.
Pada tahun 2006, sekali lagi persempadanan dipolah menjadikan kerusi meningkat menjadi 71 kerusi.
Maksudnya ada 4 kali persempadanan semula lah yang dilakukan oleh SPR sebagai memudahkan proses pengundian dan terbukti memudahkan wakil rakyat lebih dekat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Bila di lihat semula dari segi sejarah hari mengundi, pada tahun 1969 dolok, orang kita ngambik masa sebulan nak mutus ngira undi. Kerana apa? Keadaan geografi negeri Sarawak waktu ya menyebabkan logistik serta pergerakan yang agak susah untuk mengumpul jumlah undi.
Keadaan ya semakin baik dari tahun ke tahun apabila hari mengundi dapat dikurang dan dipendekkan kerana faktor pembangunan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memudahkan pergerakan.
Mula dari tahun 2001, semua rakyat Sarawak dapat nunggu keputusan undi ya dalam sehari jak. Undi pagi, absi ngundi petang, terus dapat tauk keputusan pada hari yang sama.
Dari segi sejarah peratusan pengundi yang turun mengundi, pada tahun 1969 dolok, 80% turun mengundi iaitu sebanyak 266,190 orang.
Pada tahun 2011, pilihanraya ke 10 negeri Sarawak yang lepas menyaksikan 69.7% orang dari jumlah pengundi yang layak melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Mungkin peratusan ya kita nangga menurun, tetapi mun dibanding dari segi jumlah, sebanyak 682,797 orang turun ngundi pada tahun 2011 yang lepas.
Jadi kesimpulannya, sidak yang handle urusan undi-mengundi tok bukan sebarang. Sidak lah yang kepak molah kerja mengurus daftar undi serta segala proses sehingga keputusan undi ya keluar.
Cuba bayangkan mun sidak SPR sik ngator benda tok betul-betul, rasanya maok kah kitak orang nunggu sebulan bok tauk keputusan undi? Atau dari segi persempadanan pula, maok sik kitak urang kinek tok masih dalam 48 DUN ajak? Parah cerita ya uuuuu...
48 orang YB nak ngintu kita sigek Sarawak...leput sidak nak cover sebesar-besar kawasan. Untung kinek tok SPR dah berjaya ngator 82 DUN di Sarawak dengan maknanya kita di Sarawak di service oleh 82 wakil rakyat.
Jadi, 25 April tok penamaan calon, 7 Mei kelak kita semua rakyat Sarawak jangan lupak turun ngundi di kawasan masing-masing uuuu..uu!!