Halloween party ideas 2015


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membuktikan ketelusan sidaknya molah kerja ngurus segala perihal undi-mengundi tok termasuklah pendaftaran pengundi baru.

Paling antap ialah peningkatan pengundi muda dari 104,388 orang nait ke 136,755 orang; kita di Sarawak ada 32,367 pengundi muda baru yang berumur dari 21 hingga 29 tahun! Syabas!!

Jumlah keseluruhan umur rakyat Sarawak yang udah mendaftar dan layak mengundi ialah 1,141,294 orang pengundi untuk PRN Sarawak ke 11 tahun tok. Maksudnya, Sarawak ada 161,498 orang pengundi baru secara keseluruhan untuk pilihanraya akan datang tok kelak. Dolok masa PRN10 (tahun 2011) kita ada 979,796 orang pengundi yang majoritinya milih BN.. uuuu...uu!!

Kenak tiba-tiba cerita pasal SPR tok?

Bukan apa pok... kitak orang tauk sik cerita sidak pembangkang di Sarawak sebelum tok bukan main gik ngentam SPR... sidak madah SPR tok sik telus..sik jujur dalam urusan ngator pilihanraya.

Malahan sidak pembangkang sampei sanggup nak ngembak SPR berlawan di mahkamah! Macam-macam jak dibangkang sidak. Hal sistem sik betul lah...itulah lah..inilah...semuaaa jak nak dibangkang!

Sebelum tok tek, sidak pembangkang di Sarawak madah SPR akan napok jumlah pengundi baru especially pengundi muda kerana SPR berpihak kepada BN yang takut dengan peningkatan pengundi muda.
NAH!! Tok SPR dah ngator dan madah terang-terang jumlah pengundi muda yang baru. Sekda tapok-tapok uuu!!

At last, sidak Pakatan Harapan Sarawak tok akur juak dengan keputusan SPR ya nak? Mun benar-benar protes tek...IBOH LAH BERTANDING PRN TOK uuuu..uuu!! Tok siap berebut gik seat-seat baru nak dibantah dolok!

Jangan kita lupak, mun SPR tok sik molah kerja benar-benar, camne kita semua nak ngundi? Camne nak milih pemimpin? 

Sidak pembangkang tok macamlah sidak ya pandei gilak nak ngator urusan mengundi tok. Kitak orang tauk apa dah berlaku masa sidak pembangkang molah pilihanraya pemilihan parti sidaknya?


Ngundi betapok dalam bilit hotel di Simunjan, Sarawak... tok lah kerja PKR... nendak anytime boleh nukar jumlah undi.. dikantoikan oleh orang PKR mpun... TELUSKAH YA?

Pernah SPR ngator undi dalam bilit hotel kedak ya kah?


Bila dah ngundi dalam dewan, beramok uuu..uu... toklah suasana pemilihan PKR di Selangor !!


Siap nunggah samseng ngamok tempat undi... budaya sapa? Tok terjadi di Selangor masa pemilihan parti sidak tahun 2014 (Kota Raja)


Ya PKR.... sidak DAP pun 2x5 juak... sampei kinek tok keputusan pemilihan parti sidaknya masih dalam pertikaian.

Ya semua cerita bila pembangkang handle pilihanraya. Bila SPR molah, macam-macam jak di pertikai sidak. Walhal sidak pembangkang ngator, hancor beramok besar panjang uuuu..uu!!

Ya jak kali tok pok!

Kita just nunggu jak keputusan SPR dan biar sidak ngator pilihanraya tok dan kita janganlah nak ngaco... mun udah rasa nak kalah, iboh lah bertanding..

DUN Sarawak udah bubar ari marek (11 April 2016) dan Khamis tok SPR meeting untuk menentukan tarikh-terikh penting PRN Sarawak ke 11.

Sama-sama kita nunggu tarikh ya.

Yang penting kita dapat ngundi dengan aman, dapat milih pemimpin dengan teratur sebab apa?!

Orang Sarawak semuanya stylo...jangan merik malu uuu..uu

Post a Comment

  1. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

Powered by Blogger.